Kaedah Ibadat Jika Sering Keluar Air Mazi
Posted by Admin | | Posted on 02.05
SAYA seorang lelaki yang sering keluar air mazi (resdung zakar), ingin bertanya cara terbaik untuk menunaikan solat wajib dan sunat.
Air mazi dikategorikan sebagai najis dan membatalkan wuduk dan solat kerana setahu saya satu kali wuduk terpakai untuk satu kali solat saja.
Sekarang setiap kali hendak solat fardu, saya terpaksa menunggu masuk waktu dulu, saya basuh kemaluan, memasukkan putik kapas dalam lubang zakar, ambil wuduk dan terus menunaikan solat.
Bagaimana pula saya hendak melakukan solat berjemaah, kadang-kadang solat berjemaah mengambil masa panjang?
JOE, Kelantan

MEMANDANGKAN perkara sebegini tidak normal dan mungkin berlaku akibat jangkitan kuman, saya ingin menasihatkan anda supaya berubat terlebih dahulu dengan berjumpa doktor perubatan.
Mudah-mudahan ia akan sembuh dan tidak lagi mengganggu solat dan kebersihan diri. Itulah tindakan yang sebaiknya anda lakukan sekarang (lihat, 'Cecair putih tanpa henti' http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cecairputihtanpahenti/Article/indexp_html.)
Cara mendirikan solat dalam keadaan yang tidak normal pula, anda sudah memahami caranya seperti di atas. Dengan demikian, anda boleh bersolat secara sendirian atau berjemaah walaupun waktunya lama sedikit.
Dengan kata lain, ia tidak menghalang anda untuk solat berjemaah.

Sumber: Dr Abdul Islam
Comments (0)
Posting Komentar