Tips Berhenti Merokok

Posted by Admin | | Posted on 02.04

Melengah
Kamu perlu melengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat - lambatkan mencari rokok. Jika, rokok sudah berada di tangan, jangan nyalakan terus, tunggu at least 5 minit. Kesudahannya, keinginan untuk merokok akan hilang juga. Katakan pada diri kamu “nanti” setiap kali kamu ingin merokok

Tarik nafas panjang
Biasakan tarik nafas panjang sebanyak tiga kali dengan perlahan - lahan

Minum air
Kerap minum air banyak – banyak, better air galian or air masak yang suam. Jangan minum air berkafien seperti kopi or teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan kamu ingin merokok

Membuat sesuatu
Buatlah something yang boleh mengalihkan fikiran kamu daripada rokok. Contohnya melakukan aktiviti riadah seperti bersiar - siar, makan angin, telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya

Mengunyah sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula - gula getah, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula - gula
Mandi atau basuh tangan
Kalau berada di rumah, mandilah seberapa kerap yang mungkin atau basuh tangan setiap kali terasa untuk merokok

Senaman regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali kamu merasa mengantuk kerana tidak merokok
Berdoa
Mohonlah doa kepada Tuhan agar kuatkan azam dan usaha kamu untuk berhenti merokok itu success.

Comments (0)

Posting Komentar